Friday, September 26, 2008

Konotasi Peranan Seorang Isteri

"...cepatlah kawin, ade juga orang tolong jaga makan minum, kemas rumah, basuh baju..."

Oho! Manisnya kata-kata di atas!

Kata-kata di atas dan seumpamanya menggambarkan peranan seorang isteri adalah menyediakan makanan dan minuman serta mengemas rumah kepada seorang lelaki. Kebiasaan ini sudah menjadi adat dalam masyarakat Malaysia sejak turun-temurun.

Namun, apakah tujuan sebenar seorang lelaki berkahwin? Mempunyai teman hidup atau mencari pembantu kepada kerja-kerja rumahnya? Jika lelaki berkahwin kerana perkara kedua, lebih baik dia mengupah pembantu rumah sahaja kerana seorang isteri mahu diletakkan setaraf dengan isteri - dilindungi dan disayangi, sebagai 'isteri', kawan dan kekasih.

Jika isteri dibebani dengan kerja-kerja rumahtangga, peranan asalnya sebagai teman hidup sudah terpesong jauh dan sama tarafnya dengan taraf pembantu rumah. Peranan asas isteri dalam Islam hanyalah sebagai penghibur kepada suami dan pengasuh kepada anak-anak.

Oleh itu, jika isteri terlalu dibebani dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis, suami dan isteri patut mencari jalan keluar seperti mencari pembantu dan sebagainya.

Kepada masyarakat, ubahlah dari mengaitkan mencari seorang isteri agat dapat membantu kerja-kerja rumah seorang lelaki. Ayat yang lebih baik mungkin seperti "...carilah seorang isteri, ada juga teman berbual, teman memicit.." dan sebagainya lebih mengiktirfa peranan sebenar seorang isteri.

Sekian adanya, wallahu'alam.

No comments: