Sunday, April 19, 2009

Life is easy...

Siapa cakap hidup ini susah?

Susahnya di mana? Susahnya kerana mencari harta, duit, nama , pangkat yang tidak pernah cukup-cukup?

Susahnya kerana tidak cukup waktu, bersenggang mata dan tidak sempat bersandar mengenangkan peluang yang akan terlepas dari tangan kita?

Susahnya kerana menyusahkan diri mengejar kekayaan orang? Menyaingi lebar dan besarnya kereta dan rumah orang?

Susah kenapa? Kerana mahu hidup seperti rezeki orang sedangkan rezeki kita seperti tak pernah-pernah mencukupi?

Susah kenapa? Susah memikirkan masa depan? Memikirkan masa depan siapa? masa depan kita? Masa depan anak-anak? Berdoalah kerana tiada siapa tahu masa depan. Biasanya masa depan membalikkan roda kepada kita. Hanya keyakinan yang teguh kepadaNya membuatkan kita tak heran apa masa depan kita.

Mengapa bersusah memikirkan sesuatu yang masih jauh dan belum pasti. Hidup sekadarnya, hidup dalam ruang yang logik. Hidup dalam ruang tak logik dan melampau adalah hidup yang sakit.

Kerana itulah kita sakit sedangkan umur masih muda, kerana itulah kita tertekan sedangkan tiada apa-apa pun sebenarnya.

Fikir sekadar-kadar, hidup sekadar-kadar! Mudah, sihat, walafiat.

No comments: