Saturday, December 20, 2008

SANGGAR FIKIR - Doa

Doa adalah manifestasi tulusnya sesebuah permohonan - pureideas76

Wednesday, December 17, 2008

Perspektif Manusia : Tanggapan vs Realiti



Majoriti manusia hidup dalam tanggapan-tanggapan mereka tersendiri lalu lahirlah kepelbagaian perspektif tentang perkara-perkara tertentu atau kebanyakan perkara sehinga menyebabkan terjadinya perbezaan pendapat malahan sehingga kepada tercetusnya peperangan.

Maka tidak hairanlah sejak zaman Habil dan Qabil lagi sudah terjadi persengketaan. Ianya berterusan dengan penemuan jumlah senjata yang banyak waima pada mana-mana ketamadunan pun. Thomas Hobbes, seorang pengkaji politik, mengatakan manusia pada dasarnya ganas. Islam menggariskan manusia pada dasarnya didasari nafsu dan amarah. Maka disinilah gunanya undang-undang dan peraturan beragama untuk memberi manusia garis panduan menguruskan kehidupan yang rencam dan sulit. Perbezaan tanggapan juga membuktikan keunikan dan ketersendirian ciri, diri, minda dan personaliti.

Cabaran menangani tanggapan-tanggapan yang tidak selaras itu adalah bergantung kepada sikap dan fikiran manusia berlandaskan ilmu pengetahuan dan maklumat yang dicapainya. Ilmu bahasa, tasawuf, psikologi, komunikasi mungkin banyak membantu seseorang itu menangani perbezaan tanggapan dengan lebih berkesan, namun dalam diri manusia juga terdapat ego dan keinginan mendominasi yang akan menambahkan lagi kerumitan dan bertanggapan.

Lebih sukar lagi jika sifat itu memacu kepentingan sendiri sehingga tidak disedari ianya telah menimbulkan perang dingin atau perang terbuka dengan individu lain. Justeru, bersikap dan berpandangan lebih sederhana mampu menjaga keharmonian perhubungan. Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan tenaga dengan bermasam muka, tekanan dan pertelagahan.

SANGGAR FIKIR - sumber kebahagiaan


Jika tidak mampu memenuhi impian diri sendiri, penuhilah impian orang lain. Memberi kegembiraan juga salah satu sumber kebahagiaan - pureideas76

Wednesday, December 3, 2008

SANGGAR FIKIR - Act first!


Act like an actor, pure character will comes later. - pureideas76

Sunday, November 16, 2008

SANGGAR FIKIR - Sesempurna Keindahan



Yang indah, yang cantik adalah cermin sempurnanya sebuah ciptaan dan kesempurnaan Maha Pencipta itu sendiri - pureideas76

Sunday, November 9, 2008

SANGGAR PUISI - Lailatulqadar


Tuhanku,
matahariMu seakan malas memancar sinar, tidak seperti selalu
apakah semalamnya Lailatulqadar?

Aku malas benar sujud tahjud tahmid kepada Mu
Ah sayang, aku dipulas kekenyangan semalam!

SANGGAR PUISI - Rindu kepada Sang Pencinta


Tak mengharap cinta lagi
Telah tumpah namun tidak dikutip sesiapa
Hanya mahu mengutip cinta Yang Esa
Agar berani mengadapMu di sana...

SANGGAR PUISI - Asal Hati Ikhlas


Asal ikhlas hati jadi tenang
jadi lapang

Tidak mengharap sebarang balasan
hanya semata ketaatan.

Tuesday, October 28, 2008

SANGGAR FIKIR - Yang Tekun Mendengar


Manusia tidak akan pernah tekun mendengar sepertimana Allah - pureideas76

Friday, October 24, 2008

SANGGAR PUISI - Mengejar syahid dalam jihad


Jika mengejar syahid dalam jihad

dalam sunyi mengenal zat
dalam sepi mengenal zarah

dalam zuhud mengenal sifat
dalam nikmat mengenal makrifat

Puas hatiku hanya bertemuMU Ya Rabb!

Thursday, October 23, 2008

SANGGAR PUISI - Hidup hanya Untuk Pemberani



Hidup hanya untuk sang pemberani

Berani berangan
dan berani mencapai impian

Berani mencuba
dan berani berhadapan kegagalan

Berani berkata benar
walau kebenaran selalunya pahit

Berani berfikiran bebas
dengan agama dan ilmu sebagai asas

Beranilah berfikiran dan berjiwa bebas
kerana hanya
sang pemberani yang mendepani dunia!

Monday, October 20, 2008

SANGGAR PUISI - Rama-rama Impian


Jauh kau terbang ke puncak awan
terbang bebas tiada batasan
terbanglah dikau segunung harapan

Walau sayap rapuh kau terus menggapai
patah koyak bukan halangan
kerna dikau rama-rama impian!

SANGGAR PUISI - Belahan Hati



Tika detikmu menjadi sunyi dan sepi, siapa yang kau rasa ingin ditemui?
Tika detikmu menjadi kosong tak bertenaga, siapa yang mahu ada bersama?
Dan tika detikmu perlukan teman sekadar bicara, siapa yang kau mahu berkongsi cerita?
Bukankah dia belahan hatimu yang telah lama hilang itu?

SANGGAR FIKIR - Hidup ii



Hidup ini penuh dengan menusia yang membuat andaian dan menghakimi - pureideas76

SANGGAR FIKIR - Hidup


Hidup ini sangkaan - pureideas76

SANGGAR FIKIR - Kehilangan



Jika kau hilang seseorang, kembalilah kepada-Nya kerana Dia akan memberimu banyak orang! - pureideas76

SANGGAR FIKIR - Hakikat Cinta



Cinta menjadikan pengorbanan itu tidak menyakitkan, cinta juga menundukkan yang liar, dan cinta juga menjadikan setia tidak bertempat - pureideas76

Saturday, October 18, 2008

SANGGAR FIKIR- Hati paling sepi



Hati yang paling sepi adalah hati seorang pencinta. - pureideas76

Thursday, October 16, 2008

SANGGAR FIKIR - A Freinds


A Friends will share about hearts and minds - pureideas76

SANGGAR FIKIR - Where communication fails


Where is communication fails, what else you can expect? -pureideas76

SANGGAR FIKIR- most lonely man


Most Lonely Man

Who eating alone, he is a most lonely man!
- pureideas76

Tuesday, October 14, 2008

Bravo orang Muda!

Aku pernah komplen tentang penumpang tren yang tidak menawarkan tempat duduk kepada mereka yang sepatutnya.

Namun, dua malam lepas aku melihat satu pemandangan yang menggembirakan aku - sekumpulan remaja menawarkan 2-3 duduk kepada sekumpulan nenek dan makcik yang menaiki tren ketika penumpang sangat ramai dan tren menjadi sesak. Dan nenek itu mengucapkan "terima kasih ya!" sambil memegang tangan salah seorang dari mereka. Alangkah indahnya kalau aku melihat pemandangan begini setiap kali menaiki tren.

Bravo to all you, guys!

Monday, October 13, 2008

SHAH RUKH KHAN BESTOWED DATUKSHIP???????????????

Aku terkejut dengan tajuk berita ni kat Yahoo Msia hari ni! Begini murah Datukship Melaka ni! Tambah sengal aku dengan kenyataan KM Melaka akan sebab anugerah diberi. Come on la! Cerdik sikit la kan?

RUKH KHAN BESTOWED DATUKSHIP FOR PROMOTING MELAKA THROUGH MOVIE

Bernama - Sunday, October 12

MELAKA, Oct 11 (Bernama) -- Leading Bollywood actor Shah Rukh Khan was conferred a datukship because he has helped promote Melaka as a tourist destination through one of his movies, Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said today.


He said the actor had shot scenes of the "One Two Ka Four" Hindi movie at the A Famosa Resort in Alor Gajah several years ago.

"One of the songs in the movie was filmed at the A Famosa Resort. Millions of people who had watched it came to know about Melaka," he told reporters after the investiture ceremony in conjunction with the 70th birthday of Melaka Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob at Ayer Keroh, here.

Shah Rukh Khan is among the 77 people conferred the Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) award which carries the title "Datuk". The date he is to receive the award has yet to be decided.

Mohd Ali described the conferment of the award on Shah Rukh Khan as an investment without cost which would eventually reap a huge return on investment.

Tuesday, October 7, 2008

AWAS! PERKOSAAN VISUAL

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" ! Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain..(esp yg suke fitting ble shopping baju...)

Friday, September 26, 2008

Konotasi Peranan Seorang Isteri

"...cepatlah kawin, ade juga orang tolong jaga makan minum, kemas rumah, basuh baju..."

Oho! Manisnya kata-kata di atas!

Kata-kata di atas dan seumpamanya menggambarkan peranan seorang isteri adalah menyediakan makanan dan minuman serta mengemas rumah kepada seorang lelaki. Kebiasaan ini sudah menjadi adat dalam masyarakat Malaysia sejak turun-temurun.

Namun, apakah tujuan sebenar seorang lelaki berkahwin? Mempunyai teman hidup atau mencari pembantu kepada kerja-kerja rumahnya? Jika lelaki berkahwin kerana perkara kedua, lebih baik dia mengupah pembantu rumah sahaja kerana seorang isteri mahu diletakkan setaraf dengan isteri - dilindungi dan disayangi, sebagai 'isteri', kawan dan kekasih.

Jika isteri dibebani dengan kerja-kerja rumahtangga, peranan asalnya sebagai teman hidup sudah terpesong jauh dan sama tarafnya dengan taraf pembantu rumah. Peranan asas isteri dalam Islam hanyalah sebagai penghibur kepada suami dan pengasuh kepada anak-anak.

Oleh itu, jika isteri terlalu dibebani dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis, suami dan isteri patut mencari jalan keluar seperti mencari pembantu dan sebagainya.

Kepada masyarakat, ubahlah dari mengaitkan mencari seorang isteri agat dapat membantu kerja-kerja rumah seorang lelaki. Ayat yang lebih baik mungkin seperti "...carilah seorang isteri, ada juga teman berbual, teman memicit.." dan sebagainya lebih mengiktirfa peranan sebenar seorang isteri.

Sekian adanya, wallahu'alam.

Thursday, September 25, 2008

Bermaafan itu lebih baik


Walau ada kata-kata teman yang pernah mencakar perasaan, aku ingin menegaskan kepada perasaan aku bahawa aku telah memaafkan mereka. Selamat hari raya!

PS: aku tak tahu mengapa sejak aku menginjak usia 30-an ni aku senang memaafkan orang. Mungkin juga kerana aku tak mahu mengendong beban kentang dari membusuk di belakangku (jika anda pernah membaca cerita metafora ini).

SANGGAR FIKIR: Asal Aku Dekat DenganMu



Tidak mengapa aku tidak berharta, Ya Tuhanku
Tidak mengapa aku tidak disayangi manusia, Ya Tuhanku
Tidak mengapa aku tidak mulia di mata mereka, Ya Tuhanku
Tidak mengapa juga jika aku tidak dikagumi manusia, Ya Tuhanku

Cukuplah asalkan aku tidak jauh dari Mu
Amin.

ISU : Orang kita tak bertimbangrasa!


Aku selalu travel dengan tren komuter/lrt. Tren memang selalu sesak. Aku tak kisah tak dapat tempat duduk, yang aku syahdunya orang-orang yang disenaraikan layak mendapat tempat duduk tu TIDAK DIBERIKAN TEMPAT DUDUK. Antaranya korang tahu la kan, orang veteran, perempuan hamil, orang sakit dan orang bawa anak.

Aku selalu jumpa perempuan hamil naik tren dan tidak diberikan tempat duduk padahal yang duduk di tempat yang berhak itu adalah lelaki-lelaki jahnam yang tidak ada perasaan! Nak-nak kalau mat-mat seberang, lagi wat muke takde pape! Muka takde perasaan! Eii geram!

Sama juga aku selalu jumpa ibu/bapa atau pasangan bawa anak kecil. Tak akan ada yang mahu menawarkan tempat duduk, ohh pls..orang Malaysia!! atau orang asing yang tinggal di Klang Valley, bertimbangrasalah sikit!

Tapi..aku pernah jumpa satu kes menarik. Ade satu mem (minah saleh) ni masuk tren dengan maknya yang dah pangkat grand-grandma. Sebaik aje masuk lrt, terus dia suruh-suruh mak dia duduk kat tempat yang dikhaskan tu cepat-cepat, walaupuntempat tu sudah diduduki orang dan orang-orang disitu masih belum sempat offer the seat. Aku rasa kita patut wat camtu la..menunggu orang offer, takkan ada punya! Kena cakap macam ni aja, "dik, ni tempat akak", atau "adik, duduk sini eh, ni tempat adik, tengok tu gambar adik dan abah!"

Come on! bertimbangrasalah sikit. Aku tengok hal begini makin teruk!

Hello gentleman, korang claim korang kaum yang kuat dan berkuasa, mana tu semua dalam tren? Takkan gentleman dengan awek je? Malulah weiii...

PS: Aku kesal aku sendiri belum kuat untuk mengatakan, "brader, ni tempat dia"...

ISU : Intim di dalam Tren?


Tarikh : 24 Sept 2008
Jam : 9.00 - 9.35 mlm
Lokasi : Dalam tren Komuter KTM
Kejadian : Berpelukan lelaki dan perempuan
Saspek : Budak sekolah 14-16 thn

Situasi : Berpelukan sebelah-menyebelah dalam tren sambil memejamkan mata. Budak lelaki tu dengan penuh machonya kayak Shah Rukh Khan memeluk belakang dan membiarkan bahunya disandarkan oleh budak perempuan tu..ish..ish..sadis!

Perasaan aku : Sakit mata! Tak malu betul budak-budak ni! Ke nak menunjuk-nunjuk?

Komen aku: Come on la budak sekolah, jangan buat mata aku sakit okk? Awak tu sekolah pun tak habis lagi, nak romantik-romantik konon.. Aku heran betul, budak-budak sekarang dah tak malu sangat ke?? Aku bukan mahu jadi pejuang sosial, cuma come on la budak-budak, mana harga diri anda? Atau korang berkhayal berada Manhattan ke, Miami ke? Ini masih Malaysia ok! Bukan kat KLCC tau! Dalam tren, dalam public transport!

Ei..dahlah..byk menulis pun bertambah sakit aku dibuatnya.

PS: Aku tak peduli ade orang nak cakap closed minded ke ape, yang aku tahu aku tak senang dengan pemandangan begitu..dan bagi aku perlakuan mereka telah mencemarkan pemandangan sekeliling! Lain kali, aku akan report melalui interkom, biar kena halau!

Monday, September 22, 2008

PUISI SUFI - Empat Jalan



Empat Jalan

Sucikan jalanmu dengan taubah
Damaikan jalanmu dengan tasbih
Hidupkan jalanmu dengan tahajjud
Suluhlah jalanmu dengan isytikharah!

SANGGAR PUISI - Pelangi Cantik



Pelangi Cantik

Kau pelangi
cantik di puncak mahligai alam
Aku manusia yang bermimpi
mengejarmu di kaki langit

Saturday, September 20, 2008

SANGGAR FIKIR - Jalan Menuntut Ilmu


Jalan Menuntut Ilmu


Salah satu jalan menuntut ilmu ialah bersabar dengan karenah manusia.
-pureideas76

PUISI SUFI - Basuhlah Hatiku




Basuhlah Hatiku

Ya Tuhanku
Basuhlah hatiku pada Ramadhan kali ini
Kerana jika aku pergi nanti
Hatiku sudah putih!

PUISI - Aku Belum Tegar

Kau di hujung dunia

Aku belum mahu mencarimu
Aku tegar kalau aku mahu
Cuma aku belum tegar
Jika kau memintaku pulang semula!

PUISI - Dia yang menyentuh perasaan

(Santorin Island - Greece)


Dia yang menyentuh perasaan

Rambutnya yang pernah ku cekup
Bibirnya yang pernah ku kecup..
Ah! dia yang pernah menyentuh perasaan!
(Hanya dalam mimpi hahahaha......)

Duniaku... cacamerbaidea



Aku cacamerba. Kepalaku penuh idea. Di sini wahana mencurah segala. Bukan aku melankolia, bukan juga mengata segala. Mengatakan yang hakikatnya sahaja.

PS: This is a private space, u are not welcome to post the comments. Anything, can send to my mail, pureideas76@gmail.com. U' ll surely get the great treat.