Sunday, December 20, 2009

Bulan Bintangku semakin jauh

Duhai bulan
Engkau terlalu jauh hingga kelam sahaja
Harus aku meneropong di antara awan
Hingga aku letih mencarimu

Duhai bintang
Mengapa engkau sembunyi
Satu kelip pun tiada kini
Ke mana engkau membawa diri

Duhai bulan bintangku
pancarkan sahaya kalian
agar aku rasa kalian dekat
dan memerhatikan aku juga

Monday, July 20, 2009

SANGGAR KATA Doa pentas kasihku

Terlalu kasih padamu
Ku sandar doa pada setiap kali merayu Tuhan kita...

Tidak ku mohon Tuhan kurniakan dikau kepadaku
Kerana aku mahu ia datang dari hatimu

Dipanggil aku datang
Dibuang aku tidak pergi

Dicantas pedang pun aku tidak pergi
walau hancur jasadku, masih ku tatang hatiku yang merah untukmu

SANGGAR PUISI Kau Anugerah Terindah

Sudah ku katakan kau anugerah terindah
Bersinar-sinar cerlang bak baru tiba dari syurga

Serba sempurna tampan segala
halus mulus tulus umpama cermin

Sisimu yang lemah juga teramat indah di mataku
Bak pelengkap indahnya ciptaan-Nya

Tuhan, butakalnlah mata hatiku dari melihat keindahannya
kerana keindahan itu sudah merobek hatiku...

SANGGAR PUISI Inikah Rindu Laila

Inikah rupanya rindu Laila
Siang menghitung langkah
Malam menghitung bintang

ku kira sehingga penat dan terlena di kaki waktu
ku tenung sehingga layu mataku dan terkulai di sisi ranjang

Bertanya dengan sesungguhnya, adakah dikau juga rindu
kerana ku rasa denyutnya di hatiku tiap kali aku meraung namamu

Jika masih bersisa sayang kembalilah
Jika benar benci, pergilah...
Kerana cinta tak pernah memaksa
Ia menuntut pengertian dan persefahaman

SANGGAR PUISI Banjir

Mataku terpejam
Namun hatiku banjir!

SANGGAR PUISI Mencarimu antara bintang yang sembunyi

Mencarimu antara bintang yang sembunyi
Mana tahu diam-diam kau memerhati
Mengertilah hatiku sepi
Seperti jiwaku dibawa pergi

Friday, July 10, 2009

SANGGAR PUISI : MABUK

Diayun buai cakrawala
bergantung pada tali-tali cahaya bulan
terpana dek indahnya kerlipan bintang-bintang
aku mabuk berbuai denganmu...

Thursday, June 25, 2009

Perempit dan Peragut sudah jadi Pengganas

Pengalaman melihat sendiri Mat Rempit 'menghentak' seorang pemandu Kelisa kerana mamat tu tertekan brek mengejut di hadapan motosikalnya menyebabkan aku terkedu sebentar, "Mat Rempit sudah jadi begitu ganas". Berdarah muka mamat tu dihentaknya dengan topi keledar. Tak cukup dengan itu, cermin belakang Kelisa itu turut dihentak dengan topi keledar. Kemudian Mat Rempit itu blah dengan kawannya yang sudah menunggu. Siap angkat plat motor lagi, di bawah plat motor itu, sudah ada plat motor yang lain pula! Oh...begini taktik mereka rupanya. Aku, suami, dua anakku terkedu di dalam kereta, di belakang Kancil tadi.

Kejadian tersebut buat aku terfikir-fikir selama beberapa hari, "Apa nak jadi dengan Malaysia ini? Orang awam terdedah dengan keganasan Mat Rempit pada bila-bila masa, di mana-mana. Tiba-tiba aku berasa sangat takut terserempak masalah dengan Mat Rempit - satu lagi sekelompok manusia yang bertindak dengan memakai undang-undang binatang. Selain kelompok peragut yang sudah mengambil nyawa beberapa orang dalam Malaysia ini,Mat Rempit juga menambah senarai sebagai bakal penjenayah.

Aku sebagai orang awam sangat bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga. Tiada jaminan selamat kalau berhadapan dengan Mat Rempit. Kejadian tersebut berlaku di kawasan yang relatifnya aman dan tenang, Bangi! Aku tidak berani membayangkan boleh selamat jika terserempak masalah dengan Mat Rempit di track-track lumba mereka, jalan-jalan raya di Kuala Lumpur. Sesetengah Mat Rempit juga menjawat pekerjaan sebagai peragut. Pendek kata, Mat Rempit ini merbahaya kepada keselamatan awam.

Aku antara orang yang aktif menelefon polis pada malam minggu apabila jalan-jalan sekitar rumahku dibingitkan dengan perlumbaan Mat Rempit pada malam minggu namun pernah aku mendapat respons , "Mat Rempit mainkan kami, Mat Rempit baling batu dan serang kami, anggota kami tak cukup, orang awam mesti bersabar dan kena faham tugas kami", dan seumpamanya. Kami orang awam hanya mahu hidup dalam aman dan tenang, kami dah serahkan tugas keamanan kepada polis. Adalah bahaya jika orang awam yag tak dapat bersabar turun ke track rempit ramai-ramai dan menggunapakai undang-undang sendiri untuk mendiamkan perempit-perempit! Kesabaran orang awam pun ada batasnya.

Rempit ada kaitan dengan ragut. Mereka adalah masalah awam. Polis nampaknya tak dapat membenteras ini secara total. Perempit semakin mengganas, menghentak orang awam yang terserempak masalah dengan mereka. Perempit mempunyai kumpulan yang lebih mendorong keganasan. Orang awam bimbang keselamatan mereka. Siapa yang sepatutnya membendung masalah ini? Pada siapa orang awam boleh mendapat jaminan keselamatan dapat hidup dalam suasana yang aman? Jika orang awam terancam, apa pilihan yang orang awam ada?

TIDAKKAH PEREMPIT-PEREMPIT TAHU BAHAWA DENGAN MENYERANG POLIS- TIDAK KIRA MENGGUNAKAN APA SEBAGAI SENJATA- POLIS BOLEH BERTINDAKBALAS DENGAN TINDAKAN MENEMBAK DENGAN ALASAN MEMPERTAHANKAN DIRI??? IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK SENAGAI PEREMPIT, AWASI ANAK ANDA, JIKA SUATU HARI POLIS TIDAK DAPAT MENANGANI KEGANASAN MAT REMPIT, POLIS MUNGKIN MENGGUNAKAN JALAN TERAKHIR, MENEMBAK MAT REMPIT! TAHUKAH IBU BAPA SEKELIAN, SATU PIHAK YANG DI'trained to kill' SANGAT BERMINAT MENYELESAIKAN MASALAH PEREMPIT YANG MERBAHAYA INI?

SANGGAR KATA : Tiang Kekuatanku

Kau ku pandang bak tiang yang tinggi dan teguh
Tika aku dihempas gelombang
Cukup andai dapat berpaut di tiang itu
Walau hanya di dalam impian

Thursday, June 4, 2009

SANGGAR KATA : Beri aku redha

Tuhanku, aku mahu bergantung kepadaMu atas segala ketentuanMu
Cuma berilah aku keredhaan atas ketentuan tersebut
Amin...

Saturday, May 30, 2009

SANGGAR KATA - Ingin Ku Maki

Ingin ku maki
manusia -manusia yang menyusahkan hatiku
Namun satu suara melarangku
Mungkin suara yang bernama akhlak
Wallahu alam...

SANGGAR KATA - Ku Buka Hatiku Ya Tuhanku

Atas segala yang aku tidak berdaya
Ku buka hatiku meredhai ketentuanMu Ya Tuhanku

Sunday, April 19, 2009

Merealisasikan mimpi

Mimpi adalah suatu lintasan kehendak
Mimpi boleh dijelmakan dengan fokus dan kerja keras

Kerahkan seluruh diri, minda dan perhatian
ke arah mencapai mimpi
Bawa sebanyak mana orang ke arah mimpi anda
Bawa mereka bersama supaya meraka faham dengan mimpi anda
Siapa yang tidak mahu bersama, singkirkan mereka dari perjalanan mimpi anda

Minda, tenaga, usaha dan kata-kata semuanya berkisar tentang mimpi
Fikirlah tentang mimpi, tidurlah berbantalkan mimpi
Makanlah berulamkan mimpi, minumlah bersulamkan mimpi

Insya Allah mimpi itu akan datang kepada anda
sebagai sebuah kenyataan entah dari mana-mana!

Life is easy...

Siapa cakap hidup ini susah?

Susahnya di mana? Susahnya kerana mencari harta, duit, nama , pangkat yang tidak pernah cukup-cukup?

Susahnya kerana tidak cukup waktu, bersenggang mata dan tidak sempat bersandar mengenangkan peluang yang akan terlepas dari tangan kita?

Susahnya kerana menyusahkan diri mengejar kekayaan orang? Menyaingi lebar dan besarnya kereta dan rumah orang?

Susah kenapa? Kerana mahu hidup seperti rezeki orang sedangkan rezeki kita seperti tak pernah-pernah mencukupi?

Susah kenapa? Susah memikirkan masa depan? Memikirkan masa depan siapa? masa depan kita? Masa depan anak-anak? Berdoalah kerana tiada siapa tahu masa depan. Biasanya masa depan membalikkan roda kepada kita. Hanya keyakinan yang teguh kepadaNya membuatkan kita tak heran apa masa depan kita.

Mengapa bersusah memikirkan sesuatu yang masih jauh dan belum pasti. Hidup sekadarnya, hidup dalam ruang yang logik. Hidup dalam ruang tak logik dan melampau adalah hidup yang sakit.

Kerana itulah kita sakit sedangkan umur masih muda, kerana itulah kita tertekan sedangkan tiada apa-apa pun sebenarnya.

Fikir sekadar-kadar, hidup sekadar-kadar! Mudah, sihat, walafiat.

"Tuhan tidak akan mengambil sesuatu..

melainkan menggantikannya dengan yang lebih baik."

Kata-kata di atas mungkin terlalu sufi pada sesiapa yang tak pernah merasai kebenarannya namun jika kebenaran tersebut dapat dirasai dan dialami, akan terasa segala kesabaran, keyakinan, kepercayaan tersebut amatlah berbaloi.

Bayangkan pulangan tersebut jika diberi di akhirat, tanah kita yang kekal. Subhanallah!

PS: Aku menasihati diri aku dan orang lain atas nama saudara.

Indahnya sebuah persahabatan

Persahabatan mungkin suatu konsep yang klise, basi pada zaman serba kejar mengejar ini, namun aku dapati semakin manusia menyaingi satu sama lain, semakin manusia perlukan seseorang yang dinamakan sabahat.

Tinggalkan sederet sunah nabi tentang sahabat, atau seumpamanya kerana di penghujung ajaran Nabi itu adalah kebenaran yang dilamai oleh kita semua. Hidup kita perlukan seorang sahabat.

Kerap sahabat kita adalah ofismate kerana hari-hari mengadap muka dia. 8 jam sehari, kali 5 hari, 40 jam lebih kurang mengadap muka dia, mau tak sesuai lagi!

labih mudah sahabat kita adalah yang sealiran. Kalau ada yang tak sealiran, kira cam virus lah kot kan? payah nak ngam ngan tak selairan nih. kau cakap la nak adapt cemana pun, sapa mau kalau yang kita rasa tak selesa?

Lagik best kalau sahabat kita spoting habis! nak buat ape on je. Kita pun sama, dia ajak ape on je, kan best tuh!!

Aku bertuah dah dapat sahabat yang rock cam aku. Dan ada juga virus, aku tgh berfikir nak buat apa ngan virus ni hihi

Love is freindship...love is paint...

Memetik kata-kata Shamsul Yusof (x BF Diana Danielle) dalam Melodi tgh tadi...

"love is friendship, friendship is love, love is paint, paint is love..whatever..."

Full of phylosophY! Grandeur Shamsul!

Thursday, April 2, 2009

SANGGAR KATA: Bintang Tak Sudi

Bintang menarik diri
Tak sudi lagi menemani
Malam yang gelap
menjadi tambah kelam

Begitu kawan
Tak mahu berteman
Hati yang rawan
Jadi semakin redam.

Monday, March 30, 2009

SANNGAR KATA : Walau Kau Bukan Bulan

Walau kau bukan bulan
Namun kau indah berseri

Walau kau bukan bulan
Namun kau cantik berkerlipan

Walau kau bukan bulan
Namun kau lebih setia menemani malam

Walau kau bukan bulan
Namun serimu, kerlipanmu dan setiamu
Selalu menjadi penghiburku...

Thursday, March 26, 2009

SANGGAR KATA : Terima Kasih Tuhanku

Atas apa sahaja yang berlaku ke atasku,
Terima kasih Tuhanku!

Sunday, February 8, 2009

SANGGAR KATA : Walau matamu berkaca

Walau matamu berkaca
Hatiku tetap luka

Saturday, February 7, 2009

SANGGAR KATA : Aku memilih untuk berdiam

Katalah apa sahaja, ungkaplah apa sahaja
Walau benar, walau tidak, aku memilih berdiam
Kerana aku tidak mahu menyimbah minyak ke atas nyalanya api!

Namun tak beerti aku tak terasa
tak beerti hati aku tak luka
walau aku mengerti kau sememangnya begitu

namun maafkan aku
jika suatu hari
aku pergi tanpa pamit!

Thursday, February 5, 2009

SANGGAR KATA : Maaf lagi dariku!

Maaf lagi dariku,
Walau dikau sudah jelak mendengarnya,
tahulah ia dari hatiku...

Maaf lagi dariku,
Memang aku ulanginya,
Tapi ia tak sengaja, honey!...

Maaf lagi dariku,
Katalah apa sahaja,
mungkin kau benar,
Namun itulah sisi-sisi diriku yang lemah...

Maaf lagi dariku,
Walau kau hampir menyingkir,
Maafkanlah aku dan pergilah jika itu hukumannya kepada aku.

SANGGAR KATA : Bagaimana mahu membuang kamu, duhai jiwaku?

Ku sangka aku cukup mengenali jiwamu
Namun seringkali kita tidak sekata


Ku sangka hatimu mudah ku teka
Namun seringkali lain silangkatanya

Ku sangka halusnya jiwa kita bisa menyatu
Namun ia juga punca yang menjadi bisa

Ku sangka kecenderungan yang sama bisa memudahkan
Namun ia tambah menyusah

Aku sangka aku tak mudah goyah
Mempertahan agungnya harapan dan impian
Namun seringkali aku tersenyum kepada diriku sendiri
'Selama manakah lagi kau mahu gagah?'

Lalu, bagaimana mahu aku membuang dikau, duhai jiwaku?

Tuesday, February 3, 2009

SANGGAR KATA : Ku Tahu Payahnya

Ku tahu payahnya mengharung gelombang
namun aku mahu menongkah arusnya

Ku tahu susahnya mengharung angin beliung
namun aku mahu merasakan putarannya

Ku tahu tajamnya lautan kata-kata
namun aku mahu meneliti bait-baitnya

katakan apa sahaja
aku hanya mahu menikmati keindahannya!

SANGGAR KATA : Sinar bulan melukakan

Sinar sang bulan lembut cuma
namun cahayanya tajam menikam hatiku
sinarnya perit memedihkan kulitku
terangnya kemilau menyilaukan mataku
dan panasnya ia mengacau fikiranku!

Sunday, February 1, 2009

SALINAN SURAT ADUAN PROTES PENGGUNAAN BURUH KANAK-KANAK*

Menteri Besar Kedah
Yang Dipertua Majlis Agama Negeri Kedah 16 June 2008


Tuan,

Adalah saya merujuk kepada kanak-kanak yang ditempatkan di Pusat Tahfiz Amal, km 17 Jalan Yan Kuala Kedah, Kangkong, 06600 Kuala Kedah, Alor Setar. (Tel: 04-7647640) yang dibiarkan keluar berniaga barangan yang disediakan oleh pusat. Aduan saya juga meliputi pusat seumpamanya yang membiarkan perkara yang sama kepada anak-anak di bawah jagaan pusat mereka yang dibiarkan berkeliaran berniaga di seluruh negara.

Saya meragui adakah aktiviti mereka ini yang menggunakan kanak-kanak bawah umur 16 tahun adalah sah dari segi undang-undang Malaysia, undang-undang buruh antarabangsa, atau mana-mana undang-undang syariah. Sebagai kerajaan yang dinaikkan kerana aspirasi Islam sepenuhnya, saya mengharapkan isu ini diberi perhatian serius terutama kesahan aktiviti mereka dengan undang-undang syariah atau undang-undang buruh antarabangsa.

Aktiviti mereka diluar pusat pada pendapat saya telah melangkaui fitrah mereka sebagai kanak-kanak yang patut dibesarkan secara normal (bersekolah, bergaul dengan rakan sebaya, bermain, berekreasi, dan sebagainya). Namun aktiviti mereka telah melangkaui fitrah tumbesaran mereka dengan dibebani tanggungjawab mencari kewangan untuk institut (ini satu bentuk penindasan yang dilarang dalam Islam), keterdedahan mereka kepada bahaya penculikan sendiket perdagangan kanak-kanak (boleh dikaitkan dengan kehilangan ramai kanak-kanak ketika ini), bahaya alam sekitar (kilat, guruh, taufan, tsunami, dsb), serta masalah kemalangan, sesat, dan sebagainya dan pada saya tidak munasabah untuk ditanggung risikonya oleh kanak-kanak seusia sekolah rendah. Sepatutnya pada usia ini tempat mereka adalah dibangku sekolah mengulangkaji pelajaranm atau menghafal Al Quran dan hadis seperti asalnya nama pusat ini sebagai pusat tahfiz. Dengan banyak masa di luar dan berniaga, waktu bilakah mereka akan mengulangkaji dan menghafal? Sungguh kontradik situasi sebenar yang dilalui oleh mereka dengan label pusat tahfiz yang menaungi mereka.

Saya telah menemuramah mereka dan mendapat jawapan yang kurang memuaskan hati. Pada saya, mereka ini telah di'brainwash' dengan jawapan-jawapan yang hanya orang dewasa sahaja boleh berfikir begitu seperti "buat benda baik, Allah tolong","mengikut sunnah Rasulullah" dan seumpamanya. Saya tidak pernah terbaca di dalam sirah nabawiyah, Rasulullah menghantar anak-anaknya keluar berniaga bersendirian. Hanya sirah mencatatkan Rasulullah ada dibawa berniaga oleh bapanya Abdullah hingga ke Syam dan seumpamanya, bukan keluar berniaga bersendirian atau berdua seperti kanak-kanak ini tanpa iringan orang dewasa.Apabila ditanyakan, adakah mereka tahu aktiviti ini mungkin menyalahi undang-undang, mereka mengatakan bahawa mereka telah memenangi kes yang seumpamanya dan didapati tidak bersalah. Saya berasa sungguh ragu-ragu dengan kenyataan ini.

Saya juga berasa tersinggung dengan fenomena ini dan berasa terhina dengan amalan Islam yang menyimpang dari fitrah dan situasi pendidikan kanak-kanak di Malaysia. Mereka diasak dengan ideologi taat membuta tuli dan ibu bapa mereka juga tidak mempunyai fikiran kritikal untuk menimbangkan aktiviti ini sebaik-baiknya dan mereka telah dimanipulasi atas nama 'mengikut sunnah Rasulullah'.

Saya harap kerajaan negeri, terutamanya MB akan mengambil berat akan perkara ini sekaligus memastikan adakah pusat ini benar-benar dioperasikan seperti layaknya sebuah pusat tahfiz atau pusat pendidikan. Fenomena ini hanya berlaku kebelakangan ini dan jelas ia bukan warisan jenis pendidikan yang diwarisi dari operasi pondok-pondok agama terkenal di seluruh negara.

Saya berpendapat ia adalah satu bentuk eksploitasi kanak-kanak yang menyalahi undang-undang buruh antarabangsa yang tidak membenarkan kanak-kanak di bawah usia 16 tahun bekerja. Saya berasa benar-benar terhina dengan fenomena ini, hidup dalam negeri dan negara yang aman tetapi berlakunya penindasan kanak-kanak secara meluas.

Sekian, terima kasih.

*Surat ini tidak dapat dihantar online kerana masalah IT di pejabat MB pada tahun tersebut. Surat ini ditulis spontan di sebuah kedai makan selepas menemuramah kanak-kanak tahfiz yang berkenaan kerana penulis sakit hati dengan Majlis-majlis Agama yang tidak memantau kegiatan penyelewengan oleh pusat tahfiz ini. Penulis menentang keras sebarang bentuk penganiayaan terhadap kanak-kanak. Walau bagaimanapun, penulis ada menforwardkan surat ini ke Utusan Malaysia dan ada meminta seorang wartawan akhbar lain menghiglight hal ini. Selepas setahun menanti, penulis bersyukur melihat Al-Islam dan Mastika mula memberi perhatian (lihat isu Feb 2009).

Thursday, January 29, 2009

SANGGAR PEMIKIRAN: Pemikiran Sederhana Tidak lagi Sesuai dengan Orang Melayu!

* Orang Melayu sudah terlalu lama bertolak ansur mnjadi pihak yang mengalah kepada idea mempertahankan keharmonian kaum- sedangkan yang lebih menikmati manfaat keharmonian adalah orang lain!
* Orang Melayu juga sudah terlalu lama menjadi penjawat awam yang menguruskan hal ehwal negara dengan cekap dan berkesan - sedangkan yang menikmati sistem daya urus yang berkesan itu orang lain juga!
* Orang Melayu juga sudah terlalu lama menopangkan dada menadah peluru di hutan, lautan dan jalanan - agar mereka lebih mudah berniaga dan menguasai kita kelaknya!
*Orang Melayu juga sudah terlalu lama menjadi pihak yang mengangguk ya kepada kepentingan-kepentingan kaum lain sedangkan kepentingan-kepentingan sendiri semakin terhapus!
*Orang Melayu sudah terlalu lama berfikiran sederhana, menjadi baik dan sopan kepada kaum lain - sedangkan anjing tersepit yang dilepaskan lima puluh tahun dahulu sudah menjadi rotweller ganas yang sanggup membunuh orang yang pernah menyelamatkannya!
*Orang Melayu juga sudah terlalu lama membiarkan anak-anaknya diracun dengan dadah oleh taiko-taiko bangsa mereka,
*Orang Melayu juga sudah terlalu lama menjual bangsa sendiri dengan menjadi ali baba bangang walau selepas mendapat kontrak kecil-kecilan!
* Orang Melayu juga sudah terlalu lama diumpat, dikeji , dihina dalam bahasa mereka yang tidak sesekali mahu diajar kepada bangsa kita,
* Orang Melayu juga sudah terlalu lama menelan kepura-puraan sikap kaum mereka yang hanya mahu berbaik apabila ada kepentingan yang mahu diraih,
*Orang Melayu juga sudah terlalu lama berkempen untuk penyatuan, perpaduan, bangsa Malaysia dan sebagainya sedangkan mereka langsung tidak mahu menyebutnya pun! Apatah lagi membincangkannya secara serius!
* Orang Melayu yang sudah lama alpa mereka menghina sejarah Melayu sendiri kerana sejarah itulah tercatat mereka sedar letak dan asal usul mereka sebagai satu bangsa yang merempat dan pelarian!
*Orang Melayu yang sudah lama sedar mereka tidak sejalan dengan pemikiran dan kerangka hidup kita yang dilingkungi agama sedangkan mereka mengambil adat yang menguntungkan niaga mereka sahaja,
*Orang Melayu yang sudah lama selalu sahaja dipandang malas, bodoh, lemah sedangkan mereka sanggup menutup seluruhnya apa sahaja lubang peluang kepada kita dalam sektor mereka,
* Orang Melayu yang sudah lama dipandang sebagai kelas kedua dan ketiga di mata mereka kerana kita selalu tak apa, bermanis muka, katakan ya, mengangguk, tunduk hormat, kaku idea menentang kecaman, ancaman, kutukan mereka tentang diri, budaya, bangsa, dan agama kita malah!!

SUDAHLAH MELAYU, AKU LETIH DENGAN PEMIKIRAN BEGINI.
TERIMALAH HAKIKAT, KITA HIDUP DALAM REALITI INI DI MALAYSIA, PEMIKIRAN SEDERHANA TIDAK SESUAI LAGI. AYUH BANGUN BERSATU, SATUKAN HATIMU SEBAGAI MELAYU; SATU BANGSA SATU AGAMA. TAJAMKAN LIDAH KITA, TAJAMKAN PEMIKIRAN KITA, TAJAMKAN PENA KITA SETAJAM JARUM-JARUM SUBVERSIF, CHAUVINIST DAN KIASU MEREKA!

Saturday, January 24, 2009

SANGGAR KATA: Realiti vs Ilusi


Realiti selalunya keras dan kejam,
Ilusi melembutkannya.

SANGGAR KATA : Bulan Penuh Cahaya


Kau, bulan penuh cahaya
tulus, mulus, bersinar lembut
Aku, tersihir dengan cahaya itu
dari pandangan pertama lagi!

Wednesday, January 21, 2009

SANGGAR KATA : Harga Sebuah Ketabahan



Hari ini penantian dan ketabahanku telah terbalas
Kayaknya segunung intan telah berdebuk ke atas ribaku!
Terima kasih Ya Tuhan!