Saturday, December 20, 2008

SANGGAR FIKIR - Doa

Doa adalah manifestasi tulusnya sesebuah permohonan - pureideas76

Wednesday, December 17, 2008

Perspektif Manusia : Tanggapan vs Realiti



Majoriti manusia hidup dalam tanggapan-tanggapan mereka tersendiri lalu lahirlah kepelbagaian perspektif tentang perkara-perkara tertentu atau kebanyakan perkara sehinga menyebabkan terjadinya perbezaan pendapat malahan sehingga kepada tercetusnya peperangan.

Maka tidak hairanlah sejak zaman Habil dan Qabil lagi sudah terjadi persengketaan. Ianya berterusan dengan penemuan jumlah senjata yang banyak waima pada mana-mana ketamadunan pun. Thomas Hobbes, seorang pengkaji politik, mengatakan manusia pada dasarnya ganas. Islam menggariskan manusia pada dasarnya didasari nafsu dan amarah. Maka disinilah gunanya undang-undang dan peraturan beragama untuk memberi manusia garis panduan menguruskan kehidupan yang rencam dan sulit. Perbezaan tanggapan juga membuktikan keunikan dan ketersendirian ciri, diri, minda dan personaliti.

Cabaran menangani tanggapan-tanggapan yang tidak selaras itu adalah bergantung kepada sikap dan fikiran manusia berlandaskan ilmu pengetahuan dan maklumat yang dicapainya. Ilmu bahasa, tasawuf, psikologi, komunikasi mungkin banyak membantu seseorang itu menangani perbezaan tanggapan dengan lebih berkesan, namun dalam diri manusia juga terdapat ego dan keinginan mendominasi yang akan menambahkan lagi kerumitan dan bertanggapan.

Lebih sukar lagi jika sifat itu memacu kepentingan sendiri sehingga tidak disedari ianya telah menimbulkan perang dingin atau perang terbuka dengan individu lain. Justeru, bersikap dan berpandangan lebih sederhana mampu menjaga keharmonian perhubungan. Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan tenaga dengan bermasam muka, tekanan dan pertelagahan.

SANGGAR FIKIR - sumber kebahagiaan


Jika tidak mampu memenuhi impian diri sendiri, penuhilah impian orang lain. Memberi kegembiraan juga salah satu sumber kebahagiaan - pureideas76

Wednesday, December 3, 2008

SANGGAR FIKIR - Act first!


Act like an actor, pure character will comes later. - pureideas76