Thursday, June 25, 2009

Perempit dan Peragut sudah jadi Pengganas

Pengalaman melihat sendiri Mat Rempit 'menghentak' seorang pemandu Kelisa kerana mamat tu tertekan brek mengejut di hadapan motosikalnya menyebabkan aku terkedu sebentar, "Mat Rempit sudah jadi begitu ganas". Berdarah muka mamat tu dihentaknya dengan topi keledar. Tak cukup dengan itu, cermin belakang Kelisa itu turut dihentak dengan topi keledar. Kemudian Mat Rempit itu blah dengan kawannya yang sudah menunggu. Siap angkat plat motor lagi, di bawah plat motor itu, sudah ada plat motor yang lain pula! Oh...begini taktik mereka rupanya. Aku, suami, dua anakku terkedu di dalam kereta, di belakang Kancil tadi.

Kejadian tersebut buat aku terfikir-fikir selama beberapa hari, "Apa nak jadi dengan Malaysia ini? Orang awam terdedah dengan keganasan Mat Rempit pada bila-bila masa, di mana-mana. Tiba-tiba aku berasa sangat takut terserempak masalah dengan Mat Rempit - satu lagi sekelompok manusia yang bertindak dengan memakai undang-undang binatang. Selain kelompok peragut yang sudah mengambil nyawa beberapa orang dalam Malaysia ini,Mat Rempit juga menambah senarai sebagai bakal penjenayah.

Aku sebagai orang awam sangat bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga. Tiada jaminan selamat kalau berhadapan dengan Mat Rempit. Kejadian tersebut berlaku di kawasan yang relatifnya aman dan tenang, Bangi! Aku tidak berani membayangkan boleh selamat jika terserempak masalah dengan Mat Rempit di track-track lumba mereka, jalan-jalan raya di Kuala Lumpur. Sesetengah Mat Rempit juga menjawat pekerjaan sebagai peragut. Pendek kata, Mat Rempit ini merbahaya kepada keselamatan awam.

Aku antara orang yang aktif menelefon polis pada malam minggu apabila jalan-jalan sekitar rumahku dibingitkan dengan perlumbaan Mat Rempit pada malam minggu namun pernah aku mendapat respons , "Mat Rempit mainkan kami, Mat Rempit baling batu dan serang kami, anggota kami tak cukup, orang awam mesti bersabar dan kena faham tugas kami", dan seumpamanya. Kami orang awam hanya mahu hidup dalam aman dan tenang, kami dah serahkan tugas keamanan kepada polis. Adalah bahaya jika orang awam yag tak dapat bersabar turun ke track rempit ramai-ramai dan menggunapakai undang-undang sendiri untuk mendiamkan perempit-perempit! Kesabaran orang awam pun ada batasnya.

Rempit ada kaitan dengan ragut. Mereka adalah masalah awam. Polis nampaknya tak dapat membenteras ini secara total. Perempit semakin mengganas, menghentak orang awam yang terserempak masalah dengan mereka. Perempit mempunyai kumpulan yang lebih mendorong keganasan. Orang awam bimbang keselamatan mereka. Siapa yang sepatutnya membendung masalah ini? Pada siapa orang awam boleh mendapat jaminan keselamatan dapat hidup dalam suasana yang aman? Jika orang awam terancam, apa pilihan yang orang awam ada?

TIDAKKAH PEREMPIT-PEREMPIT TAHU BAHAWA DENGAN MENYERANG POLIS- TIDAK KIRA MENGGUNAKAN APA SEBAGAI SENJATA- POLIS BOLEH BERTINDAKBALAS DENGAN TINDAKAN MENEMBAK DENGAN ALASAN MEMPERTAHANKAN DIRI??? IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK SENAGAI PEREMPIT, AWASI ANAK ANDA, JIKA SUATU HARI POLIS TIDAK DAPAT MENANGANI KEGANASAN MAT REMPIT, POLIS MUNGKIN MENGGUNAKAN JALAN TERAKHIR, MENEMBAK MAT REMPIT! TAHUKAH IBU BAPA SEKELIAN, SATU PIHAK YANG DI'trained to kill' SANGAT BERMINAT MENYELESAIKAN MASALAH PEREMPIT YANG MERBAHAYA INI?

SANGGAR KATA : Tiang Kekuatanku

Kau ku pandang bak tiang yang tinggi dan teguh
Tika aku dihempas gelombang
Cukup andai dapat berpaut di tiang itu
Walau hanya di dalam impian

Thursday, June 4, 2009

SANGGAR KATA : Beri aku redha

Tuhanku, aku mahu bergantung kepadaMu atas segala ketentuanMu
Cuma berilah aku keredhaan atas ketentuan tersebut
Amin...