Friday, September 26, 2008

Konotasi Peranan Seorang Isteri

"...cepatlah kawin, ade juga orang tolong jaga makan minum, kemas rumah, basuh baju..."

Oho! Manisnya kata-kata di atas!

Kata-kata di atas dan seumpamanya menggambarkan peranan seorang isteri adalah menyediakan makanan dan minuman serta mengemas rumah kepada seorang lelaki. Kebiasaan ini sudah menjadi adat dalam masyarakat Malaysia sejak turun-temurun.

Namun, apakah tujuan sebenar seorang lelaki berkahwin? Mempunyai teman hidup atau mencari pembantu kepada kerja-kerja rumahnya? Jika lelaki berkahwin kerana perkara kedua, lebih baik dia mengupah pembantu rumah sahaja kerana seorang isteri mahu diletakkan setaraf dengan isteri - dilindungi dan disayangi, sebagai 'isteri', kawan dan kekasih.

Jika isteri dibebani dengan kerja-kerja rumahtangga, peranan asalnya sebagai teman hidup sudah terpesong jauh dan sama tarafnya dengan taraf pembantu rumah. Peranan asas isteri dalam Islam hanyalah sebagai penghibur kepada suami dan pengasuh kepada anak-anak.

Oleh itu, jika isteri terlalu dibebani dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis, suami dan isteri patut mencari jalan keluar seperti mencari pembantu dan sebagainya.

Kepada masyarakat, ubahlah dari mengaitkan mencari seorang isteri agat dapat membantu kerja-kerja rumah seorang lelaki. Ayat yang lebih baik mungkin seperti "...carilah seorang isteri, ada juga teman berbual, teman memicit.." dan sebagainya lebih mengiktirfa peranan sebenar seorang isteri.

Sekian adanya, wallahu'alam.

Thursday, September 25, 2008

Bermaafan itu lebih baik


Walau ada kata-kata teman yang pernah mencakar perasaan, aku ingin menegaskan kepada perasaan aku bahawa aku telah memaafkan mereka. Selamat hari raya!

PS: aku tak tahu mengapa sejak aku menginjak usia 30-an ni aku senang memaafkan orang. Mungkin juga kerana aku tak mahu mengendong beban kentang dari membusuk di belakangku (jika anda pernah membaca cerita metafora ini).

SANGGAR FIKIR: Asal Aku Dekat DenganMu



Tidak mengapa aku tidak berharta, Ya Tuhanku
Tidak mengapa aku tidak disayangi manusia, Ya Tuhanku
Tidak mengapa aku tidak mulia di mata mereka, Ya Tuhanku
Tidak mengapa juga jika aku tidak dikagumi manusia, Ya Tuhanku

Cukuplah asalkan aku tidak jauh dari Mu
Amin.

ISU : Orang kita tak bertimbangrasa!


Aku selalu travel dengan tren komuter/lrt. Tren memang selalu sesak. Aku tak kisah tak dapat tempat duduk, yang aku syahdunya orang-orang yang disenaraikan layak mendapat tempat duduk tu TIDAK DIBERIKAN TEMPAT DUDUK. Antaranya korang tahu la kan, orang veteran, perempuan hamil, orang sakit dan orang bawa anak.

Aku selalu jumpa perempuan hamil naik tren dan tidak diberikan tempat duduk padahal yang duduk di tempat yang berhak itu adalah lelaki-lelaki jahnam yang tidak ada perasaan! Nak-nak kalau mat-mat seberang, lagi wat muke takde pape! Muka takde perasaan! Eii geram!

Sama juga aku selalu jumpa ibu/bapa atau pasangan bawa anak kecil. Tak akan ada yang mahu menawarkan tempat duduk, ohh pls..orang Malaysia!! atau orang asing yang tinggal di Klang Valley, bertimbangrasalah sikit!

Tapi..aku pernah jumpa satu kes menarik. Ade satu mem (minah saleh) ni masuk tren dengan maknya yang dah pangkat grand-grandma. Sebaik aje masuk lrt, terus dia suruh-suruh mak dia duduk kat tempat yang dikhaskan tu cepat-cepat, walaupuntempat tu sudah diduduki orang dan orang-orang disitu masih belum sempat offer the seat. Aku rasa kita patut wat camtu la..menunggu orang offer, takkan ada punya! Kena cakap macam ni aja, "dik, ni tempat akak", atau "adik, duduk sini eh, ni tempat adik, tengok tu gambar adik dan abah!"

Come on! bertimbangrasalah sikit. Aku tengok hal begini makin teruk!

Hello gentleman, korang claim korang kaum yang kuat dan berkuasa, mana tu semua dalam tren? Takkan gentleman dengan awek je? Malulah weiii...

PS: Aku kesal aku sendiri belum kuat untuk mengatakan, "brader, ni tempat dia"...

ISU : Intim di dalam Tren?


Tarikh : 24 Sept 2008
Jam : 9.00 - 9.35 mlm
Lokasi : Dalam tren Komuter KTM
Kejadian : Berpelukan lelaki dan perempuan
Saspek : Budak sekolah 14-16 thn

Situasi : Berpelukan sebelah-menyebelah dalam tren sambil memejamkan mata. Budak lelaki tu dengan penuh machonya kayak Shah Rukh Khan memeluk belakang dan membiarkan bahunya disandarkan oleh budak perempuan tu..ish..ish..sadis!

Perasaan aku : Sakit mata! Tak malu betul budak-budak ni! Ke nak menunjuk-nunjuk?

Komen aku: Come on la budak sekolah, jangan buat mata aku sakit okk? Awak tu sekolah pun tak habis lagi, nak romantik-romantik konon.. Aku heran betul, budak-budak sekarang dah tak malu sangat ke?? Aku bukan mahu jadi pejuang sosial, cuma come on la budak-budak, mana harga diri anda? Atau korang berkhayal berada Manhattan ke, Miami ke? Ini masih Malaysia ok! Bukan kat KLCC tau! Dalam tren, dalam public transport!

Ei..dahlah..byk menulis pun bertambah sakit aku dibuatnya.

PS: Aku tak peduli ade orang nak cakap closed minded ke ape, yang aku tahu aku tak senang dengan pemandangan begitu..dan bagi aku perlakuan mereka telah mencemarkan pemandangan sekeliling! Lain kali, aku akan report melalui interkom, biar kena halau!

Monday, September 22, 2008

PUISI SUFI - Empat Jalan



Empat Jalan

Sucikan jalanmu dengan taubah
Damaikan jalanmu dengan tasbih
Hidupkan jalanmu dengan tahajjud
Suluhlah jalanmu dengan isytikharah!

SANGGAR PUISI - Pelangi Cantik



Pelangi Cantik

Kau pelangi
cantik di puncak mahligai alam
Aku manusia yang bermimpi
mengejarmu di kaki langit

Saturday, September 20, 2008

SANGGAR FIKIR - Jalan Menuntut Ilmu


Jalan Menuntut Ilmu


Salah satu jalan menuntut ilmu ialah bersabar dengan karenah manusia.
-pureideas76

PUISI SUFI - Basuhlah Hatiku




Basuhlah Hatiku

Ya Tuhanku
Basuhlah hatiku pada Ramadhan kali ini
Kerana jika aku pergi nanti
Hatiku sudah putih!

PUISI - Aku Belum Tegar

Kau di hujung dunia

Aku belum mahu mencarimu
Aku tegar kalau aku mahu
Cuma aku belum tegar
Jika kau memintaku pulang semula!

PUISI - Dia yang menyentuh perasaan

(Santorin Island - Greece)


Dia yang menyentuh perasaan

Rambutnya yang pernah ku cekup
Bibirnya yang pernah ku kecup..
Ah! dia yang pernah menyentuh perasaan!
(Hanya dalam mimpi hahahaha......)

Duniaku... cacamerbaidea



Aku cacamerba. Kepalaku penuh idea. Di sini wahana mencurah segala. Bukan aku melankolia, bukan juga mengata segala. Mengatakan yang hakikatnya sahaja.

PS: This is a private space, u are not welcome to post the comments. Anything, can send to my mail, pureideas76@gmail.com. U' ll surely get the great treat.